Cinta…Love…Ai …etc
Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa
penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam.
Di mana ada cinta di situ ada kehidupan, manakala kebencian membawa
kepada kemusnahan.~ Mahatma Ghandi ~
Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping.
Dan hanya dengan mendengar kata “Hai” darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut.
Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan
hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu
bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda
mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak…
Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia,
ia laksana setitis embun yang turun dari langit,bersih dan suci. Cuma
tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah
yang tandus,tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan,
penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika
ia jatuh kepada tanah yang subur,di sana akan tumbuh kesuciaan hati,
keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang
terpuji.~ Hamka ~
Kata-kata cinta yang lahir hanya sekadar di bibir dan bukannya di hati
mampu melumatkan seluruh jiwa raga, manakala kata-kata cinta yang lahir
dari hati yang ikhlas mampu untuk mengubati segala luka di hati orang
yang mendengarnya.
Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata "aku turut bahagia untukmu…."
Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita…